|
FxPrima.com memberikan sokongan kepada Mozilla Firefox. Firefox digunakan oleh jutaan di dunia sebagai satu alternatif. Muat turun dan penggunaan Mozilla Firefox adalah PERCUMA. Kami menggalakkan anda memasang dan menggunakan Firefox sebagai browser anda untuk beberapa sebab seperti di bawah :1. Compatibility - compatible dengan borang pendaftaran FxPro. Ia juga compatible dengan pelbagai laman web.
2. Pantas 3. Selamat 4. Bijak - memudahkan carian, tab, dsbnya. Klik logo di atas untuk memuat turun dan menggunakan Mozilla Firefox sekarang! |
Membuka akaun live sangat mudah. Pertama, gunakan Mozilla Firefox sebagai browser anda. **Terimakasih kepada Paraivagas, pemilik Sabah Forex kerana ringkasan pembukaan akaun. Di bawah adalah langkah-langkah perlu : 1. Pendaftaran Akaun Apabila anda membuka akaun live, anda akan melihat skrin ini :  Taipkan nama anda pada kotak pertama dan nama bapa anda dikotak yang ke dua berserta email anda pada kotak yang ke 3.
2. E-mel Pengesahan Dalam beberapa saat / minit, anda akan menerima satu email untuk anda mengesahkan pembukaan akaun. Jika tiada, cari dalam Spam Folder. Klik link pengesahan yang diberikan dan skrin seperti ini akan muncul :  Kod pengesahan akan keluar secara automatik pada kotak sebelah kiri. Klik butang ACTIVATE untuk mengaktifkan permohonan anda.
3. Setting MyFxPro Password Sebaik sahaja pengkatifan, anda akan di bawa ke skrin di mana anda diminta untuk memasukkan sendiri kata laluan untuk MyFxPro : 
Masukkan katalaluan anda dan tekan butang SET PASSWORD. 4. Login ke MyFxPro (akaun MyFxPro anda) Selepas katalaluan anda diterima, pergi ke bahagian login seperti berikut : 
Masukkan e-mel dan katalaluan anda. Tekan butang LOGIN. 4. Mengisi Borang Akaun Live Untuk pertamakali login, anda akan diminta untuk mengisi borang seperti di bawah : 
Masukkan detail anda dengan betul. Di bawah adalah beberapa tips mengisi borang ini : A. ACCOUNT HOLDER INFORMATION Masukkan butir peribadi anda mengikut IC anda. Alamat mestilah sama dengan alamat bil anda. Pastikan juga nama dalam IC sama dengan nama dalam bil. B. ACCOUNT INFORMATION Matawang yang akan anda gunakan dalam urusan dengan FxPro. Jika anda menggunakan USD (US Dollar), kesemua transaksi termasuk dalam MT4 adalah dalam matawang USD, manakala jika memilih EUR (Euro), semua transaksi dalam bentuk EUR. Kami cadangkan anda mengambil leverage yang maksimum, iaitu 1:500 untuk kekuatan margin. VAC adalah Verification Access Code iaitu code yang perlu anda cipta mengandungi nombor dan/atau huruf. Ianya berfungsi seperti nomr pin anda. VAC akan diminta setiap kali anda ingin mengeluarkan wang anda. C. INVESTOR EDUCATION Ini adalah berkenaan dengan pengalaman anda dalam trading. D. DOCUMENTS UPLOAD Sediakan IC dan bil terkini (tidak lebih dari 30 hari) seperti bil air, elektrik, Astro atau telefon yang mempunyai nama yang sama dengan nama IC anda. Ini untuk memastikan bahawa alamat yang anda berikan adalah alamat terkini di mana anda tinggal. Scan dan sertakan dokumen ini melalui borang yang disediakan. E. FINANCIAL INFORMATION Ini adalah maklumat kewangan anda. Pendapatan kasar setahun anda dalam USD berserta jumlah harta yang anda miliki.
5. Penghantaran Borang Pada akhir borang, anda mesti pilih "I Agree..." seperti di bawah : 
Klik butang SUBMIT untuk menghantar borang. 6. Pemberitahuan Pembukaan Akaun Live
Selepas penghantaran, anda akan menerima : 
Klik Home Page dan anda kini boleh melihat akaun dalam MyFxPro anda : 
Di sebelah kanan sekali anda akan melihat STATUS. Jika tertulis NEW seperti di atas, akaun anda baru sahaja diterima. Ianya akan diluluskan dalam masa 1 hari. Setelah kelulusan, status NEW akan bertukar menjadi APPROVED. Apabila kelulusan diberikan, periksa email anda. FxPro akan menghantar login dan katalaluan untuk MT4 anda. Sila ambil perhatian bahawa FxPro menitik beratkan keselamatan akaun anda. Oleh itu, ID dan katalaluan untuk memasuki MyFxPro dan MT4 tidak akan sama. Setelah kesemua di atas selesai, anda kini bersedia untuk memasukkan wang untuk memulakan trading anda. Pergi ke laman seterusnya untuk mengetahui bagaimanakah anda boleh memasukkan wang ke dalam akaun anda.
|