FxPrima.com

Introducer Untuk FxPro.com Di Malaysia Dengan Signal & Panduan Percuma

Anugerah Diterima Oleh FxPro  

FREE Weekly Review

Dapatkan Prediction - Weekly Review kami secara percuma di sini :

Lawat Utk Muat Turun

Teknik Penjejak Pips Forex Malaysia

Pilihan Deposit :
Kad Debit | Kredit
Pindahan Wang | Tele Transfer
Paypal

            LOGIN KE MYFXPRO

             BUKA AKAUN LIVE
             BUKA AKAUN DEMO
             CHAT LIVE
Paparan lebih baik dengan Mozilla Firefox
Polisi Anti Skim Cepat Kaya

 

KAMI MENYOKONG LANGKAH KERAJAAN UNTUK MEMBANTERAS SEBARANG BENTUK SKIM CEPAT KAYA SEPERTI PENIPUAN PELABURAN INTERNET (HYIP) DAN JUGA AKTIVITI-AKTIVITI 'MONEY LAUNDERING'.

Kami tidak menerima sebarang pengurusan kewangan dan kami juga dilarang sama sekali menguruskan wang anda. Oleh itu, kami tidak menerima sebarang bentuk wang untuk anda menceburi diri dalam industri ini. Semuanya harus anda uruskan secara langsung dengan broker, FxPro.com.

 

Kami hanya memberi panduan bagaimana untuk membuka akaun serta memberikan teknik atau signal untuk anda. Anda tidak perlu untuk membuka akaun sekiranya anda bimbangkan risiko. Sila baca Keterangan Risiko untuk maklumat lanjut.

 

Hati-Hati Dengan Penipuan Pelaburan Internet (HYIP)

Jangan tertipu dengan pelbagai Skim Cepat Kaya yang tumbuh macam cendawan di Malaysia ini. Kini, kebanyakannya dijalankan secara online, melalui internet. Yang paling biasa ialah Skim Pelaburan atau Saham Internet yang sering berkata mereka menjalankan aktiviti forex dan saham melalui internet. Apa yang mereka perlukan ialah anda meletakkan sejumlah wang pada mereka dan kononnya mereka melabur dalam forex, saham, pertanian, perlombongan, minyak, projek-projek mega dan sebagainya. Tawaran mereka ialah anda akan mendapat pulangan tetap 2%-10% sebulan, malah ada yang berani berkata 2% sehari!

 

Modus operandi mereka adalah sama - memberikan anda pulangan sedikit demi sedikit untuk melambatkan proses pemulangan modal 100% kerana mereka perlukan margin untuk memusing wang anda serta memudahkan mereka memberikan wang ini kepada orang yang terdahulu. Begitu juga wang ahli-ahli baru, akan diberikan kepada yang lama.

 

Ini adalah modus operandi biasa yang perlu anda ketahui! Produk atau pelaburan yang mereka tawarkan sebenarnya tidak wujud. Hanya pusingan wang ahli baru menjadi mangsa. Antara lain ciri-ciri skim seperti ini ialah sering mengatakan pendapatan mereka melalui forex atau saham dan telah lama berkecimpung dalam industri ini cuma baru-baru ini mereka tawarkan secara online (awas! ini perangkap mereka). Selain tu, ada juga berkata memiliki projek mega seperti perlombongan, minyak, pembinaan dan sebagainya dengan memberikan senarai anak syarikat mereka. Awas! Jika benar projek ini wujud sudah tentulah mereka mempunyai laman web. Takkan projek besar, laman web pun tak wujud?

 

Maka itu, jangan terpedaya dengan helah mereka. Tiada satu tu pun di dunia ini di mana anda meletakkan wang, kemudian goyang kaki di rumah dan dapat pulangan yang besar! Tiada. Anda perlukan usaha dan kemahiran untuk mendapatkan wang. Seperti dalam industri forex, anda perlukan usaha, pengetahuan, kemahiran dan sebagainya untuk mendapatkan pulangan. Bukannya diam sahaja dan dapat wang!

 

 
 
Joomla 1.5 Templates by Joomlashack